Friday, February 5, 2010

dAn.....

Sedar atau tidak kita sentiasa lupa untuk mencari erti kehidupan sebenar. Kita sibuk mencari apakah keperluan hidup ini and dalam masa yang sama kita berpenat lelah menyempurnakannye sebaik mungkin. Tanpa disedari sebahagian besar dari masa kita di kehidupan ini dihabiskan dengan mencari kesempurnaan dan bukannya membetulkan kesalahan.

Dalam dunia ini, hampir kesemua penghuninya hidup dalam kekalutan yang tidak berkesudahan demi melengkapkan lohong-lohong hidup yang tak sempurna. Tidak dinafikan bahawa saya sediri alpa dalam menampal lubang-lubang dalam sketsa kehidupan saya. Ini kerana saya nak menampakkan kesempurnaan yang nyata dan dalam masa yang sama melindungi retak-retak dalam dairi kehidupan saya.

Persoalnnya, adakah wajar untuk diterusan kehidupan yang begini? Jelas diri saya sendiri seakan-akan bangga memakai baju yang bertampal disana-sini demi menjaga maruah diri. Tapi dalam masa yang sama saya tidak pernah terlintas untuk mengkaji dari mana datangnya cebisan-cebisan kain yang ditampal dibaju saya……

0 comments: